Nasib Wan Maimunah memang malang apabila dia telah 3 kali diragut sebelum ini (dalam iklan) hingga menjadi troll pengguna media sosial.Namun dia kini boleh tersenyum panjang apabila Wan Maimunah yang lebih mesra di panggil ibu ini telah dihadiahkan sebuah restoran oleh suaminya.
“Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur kerana dengan izin Allah, impian suami untuk membuka sebuah restoran yang menjadi impiannya sejak sekian lama, dan paling bermakna ia genap setahun kami bernikah,” katanya.
Biarpun memberi fokus terhadap rumah tangga dan membant#u perniagaan suaminya, Wan Maimunah menegaskan dia tidak pernah sesekali meninggalkan lakonan yang telah menjadi minatnya sejak dari awal penglibatannya dalam dunia hiburan.
Selain itu, suaminya menambah, beliau sentiasa menyokong minat isterinya dalam bidang lakonan dengan syarat watak diterima lebih kepada imej muslimah.
“Saya lebih suka sekiranya isteri membawakan watak dan imej muslimah dan bersesuaian dengan usia. Dalam usia begini mencari keredhaan Allah untuk m#embawa bekalan ke sana adalah paling utama,” katanya.-rotikaya