Selama kita membesar, kita tidak diberikan pendidikan formal menguruskan kewangan sehinggalah kita keluar dari universiti. Sedangkan urusan ke#wangan merupakan hal yang akan sentiasa berdampingan dengan kita sehinggalah akhir hayat nanti.
Selepas tamat pengajian cabaran terbesar yang akan kita hadapi adalah menguruskan gaji pertama. Ini adalah permulaan dalam hidup kita memegang wang yang ‘banyak’ dan menguruskan secara bersendirian.
Kita akan mula menjadi tarikan pelbagai agensi kewangan dan penjual yang sangat berminat dengan gaji kita yang tak seberapa itu. Saya syorkan an#da untuk berhati-hati dengan semua ‘makhluk asing’ ini kerana mereka hanya inginkan bahagian dari gaji anda. Anda harus bijak menilai yang mana penasihat dan yang mana jurujual.
Jika ia adalah gaji pertama anda, jangan sesekali membina ‘hutang jahat’. Hutang jahat adalah pembiayaan hutang yang kita lakukan seperti membeli kenderaan, kad kredit, ansuran mudah dan pinjaman peribadi. Kebanyakkan perkara yang kita beli dari hutang jahat ini dikira sebagai liabiliti dan bukannya aset.
Dalam erti kata lain, ia semakin menghakis nilai barang yang kita beli. Kenderaan yang kita beli pada harga RM50,000 akan susut nilai menj#adi RM30,000 pada tahun ketiga sedangkan kita membayar RM62,000 untuk harga keseluruhan kenderaan itu.
Hutang baik adalah hutang yang kita ambil untuk membina aset dan ia mempunyai nilai tambah. Membeli kediaman atau hartanah dikira sebagai hutang baik.
Nilai hartanah seringkali meningkat sealiran dengan perjalanan masa. Jika kita membeli kediaman pada hari ini dengan harga RM150,000, selepas lima tahun kediaman itu meningkat sekitar 8 hingga 15 peratus setahun. Hutang kita semakin sedikit tetapi nilai kediaman tadi semakin tinggi.
Tanyakan diri kita sebelum membina hutang dengan gaji pertama apakah ia hutang baik atau hutang jahat? Bila kita mula terperangkap dengan hutang jah#at, ia mengambil masa yang lama untuk keluar darinya. Ramai yang rasa menyesal membeli kenderaan tetapi tidak dapat menjualnya kembali kerana baki susut nilai yang harus ditambah.
Untuk mereka yang baru memulakan pekerjaan, terdapat beberapa asas simpanan yang boleh dijadikan panduan bagi menjamin keadaan kewangan yang positif.
Jika anda masih bujang dan belum ada komitmen yang tinggi usahakan untuk menyediakan simpanan antara 10 hingga 30 peratus. Sekiranya anda telah berkahwin simpanan 10 peratus saja dirasakan sebagai satu bebanan yang besar nanti. Usahakan untuk menyimpan sebanyak mungkin sewaktu masih muda dan sebelum berumah tangga. Ingat semakin banyak anda simpan semakin cemerlang masa depan anda.
Usahakan gaji pertama anda atau himpunan tiga bulan gaji yang pertama untuk mendaftar dengan Tabung Haji. Sebagai peserta haji kita hanya memerlukan deposit di Tabung Haji sebanyak RM1,300 saja. Jika kita menyimpan sebanyak RM433 sebulan, pada bulan ke tiga kita sudah boleh mendaftar Haji.
Jika anda pintar dan bijak dalam menguruskan kewangan, dari gaji p#ertama anda mula menabung setiap bulan RM400 selama empat tahun ia akan menjadikan jumlah simpanan sebanyak RM19,200, itu belum dihitung dividen jika kita simpan terus ke dalam ASB. Sudah pasti ia lebih banyak.
Dengan nilai simpanan ini kita layak untuk membeli kediaman berharga antara RM100,000 dan RM140,000. Kediaman pada harga sebegini masih banyak terdapat di sek#itar kita. Bagi melihat kediaman pada harga berkenaan, anda boleh merujuk di laman web berkaitan hartanah atau mudah.my.
Banyak kediaman yang ditawarkan tetapi perlu diberikan perhatian bahawa kediaman pertama kita bukanlah pangsapuri mewah, rumah teres dua tingkat atau kondominium. Kediaman pertama sebaiknya kecil dan sederhana saja.
Jika anda mula bekerja pada usia 21 atau 22 tahun, selepas tamat pengajian dan anda mula menabung sehingga empat tahun serta mula membeli kediaman pada usia 26 tahun, anda akan hanya perlu membayar ansuran bulanan sekitar RM495 untu#k kediaman berharga RM135,000. Semakin awal kita bermula membeli kediaman, semakin panjang tempoh pembiayaan yang kita peroleh, semakin rendah bayaran bulanan yang perlu kita laksanakan.
Diandaikan anda hanya ingin membeli kediaman berharga RM100,000 saja, anggaran bulanan adalah sekitar RM400 sebulan. Persoalanya masih adakah kediaman pada harga ini? Kediaman pada harga ini boleh didapati dalam pasaran sekunder.
Gunakan simpanan selama empat tahun itu untuk bayaran 10 peratus deposit. Jika kediaman itu berharga RM130,000, bayaran deposit hanya RM13,000 saja. Lebihan dari simpanan itu tadi digunakan untuk yuran guaman, penilaian, cukai setem dan bayaran ejen hartanah. Matlamat anda untuk memiliki kediaman pertama akan terlaksana dengan gaji pertama anda.
Harus diingat bahawa kediaman pertama haruslah kecil, sederhana dan murah. Bukannya kediaman impian yang kita idamkan seperti dalam drama.
Saya juga ingin mencadangkan jika anda tiada impian untuk membeli kediaman menggunakan gaji pertama, anda boleh mencuba kaedah wang hasilkan wang.
Melalui kaedah ini, anda boleh menabung simpanan anda sema#ksimum mungkin. Jika anda boleh menyimpan sehingga 30 peratus gaji pada kali pertama kerja, ia adalah usaha yang baik. Wang ini anda masukkan ke dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar pulangan 6.5 hingga 7.5 peratus setahun.
Satu kaedah untuk melangsaikan hutang PTPTN dalam tempoh dua tahun jika anda mula bekerja. Saya cadangkan anda membuat pembiayaan ASB sebanyak RM200,000 dengan bayaran ansuran bulanan sekitar RM1,200. Dividen yang diperoleh sekitar 7.5 peratus menjadikan pendapatan dividen anda adalah sekitar RM15,000 setahun.
Himpunkan dividen ini sehingga tahun kedua menjadikan jumlah terkumpul adalah RM30,000. Wang ini boleh digunakan untuk melangsaikan pembiayaan PTPTN dengan kemudahan rebet yang tersedia bagi peminjam yang ingin langsaikan hutang lebih awal. Anda bebas hutang lebih awal berbanding rakan sekuliah anda.
Manfaatkan gaji pertama anda dengan sebaik mungkin, jangan mudah terpengaruh dengan gaya kehidupan orang yang bekerja. Seperkara lagi, untuk gaji pertama ini jug#a jangan lupa untuk buat potongan zakat pendapatan. Ia memberi keberkatan yang tidak ternilai dan tidak dapat dilihat oleh mata.
Penulis Kewangan dan Pelabur Hartanah