Memetik laporan sebuah portal tempatan, dalam kejadian minggu lalu itu, juruterbang dan pembantunya dikatakan bertengkar dengan sangat ku#at sehingga mengejutkan seluruh kabin pesawat.
Menurut seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, ia menyebabkan penumpang pesawat tersebut berasa terganggu dan meminta untuk keluar dari pesawat terbabit.
“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.
“Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk# meminta maaf dan meminta kami naik ke pesawat semula,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Menurutnya lagi, tujuh daripada 20 penumpang yang turun dari pesawat mengambil keputusan enggan meneruskan penerbangan dengan pesawat tersebut dan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Lumpur, manakala penumpang yang lain menyertai semula penerbangan tersebut.
Pesawat tersebut meneruskan perjalanan 52 minitnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang selep#as tertunda selama 50 minit.
Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari lapangan terbang tersebut pada jam 10.30 malam dengan 52 penumpang termasuk anak kapal.
Bagaimana pun Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Sa’adi Raja menafikan perkara tersebut dan menganggap situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan salah faham oleh penumpang pesawat tersebut.
“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pe#mbantunya dengan nada yang kuat dan tegas; sebagai persiapan untuk berlepas daripada lapangan terbang itu.
“Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu,” katanya.
Tampil dengan permohonan maaf, beliau juga menjelaskan ia mer#upakan prosedur standard yang digunakan oleh kesemua juruterbang dan pembantu juruterbang.
“Sebahagian besar penumpang masih kekal di dalam pesawat manakala 20 lagi keluar dari pesawat.
“Kedua-dua kapten dan pembantunya melakukan prosedur biasa d3an perkara itu sudah dijelaskan kepada penumpang,” katanya lagi.