Perbankan Islam Malaysia Yang Haram Haram

Kesan Berpegang Dengan Pendapat Imran N Hosein; Perbankan Islam Adalah Haram Sebab Amalkan Back-Door Riba


Suzardi Maulan December 18, 2014 



“Pakdi, sila komen pasal video Sheikh Imran Hosein, yang kata bank-bank Islam mengamalkan back-door riba.”


“Saya setuju dengan video youtube sheikh tu. Sebab bank Islam lebih Yahudi dari Yahudi!”

Persoalan ini saya dah jawab, dalam pelbagai penulisan.


Antaranya:


-Bank Islam Back Door Riba ?
-Pinjam vs Hutang


Jika selepas membacanya dan tuan masih mahu bersetuju yang perbankan Islam itu mengamalkan riba pintu belakang, maka saya tidak dapat menghalang keputusan tuan. Saya hormati kalian yang memilih pendapat yang menyatakan perbankan Islam adalah haram.


Maka kesannya adalah seperti berikut:
1. Tuan haram berurusan dengan perbankan Islam


2. Menyatakan perbankan Islam haram, TIDAK menjadikan perbankan konvensional itu halal. Perbankan konvesional telah sepakat haramnya. Jadi, haram juga berurusan dengan perbankan konvensional.


Kesan seterusnya…


-Maka, lepas dapat gaji maka haramlah tuan menerimanya dalam mana-mana akaun bank. Sebab duit gaji tuan masih masuk dalam bank.
-Minta bayar pakai cek? Haram juga. Cek itu juga produk bank. Nak pakai cek kena ada akaun bank dulu.
-Sila minta majikan tuan bayar secara tunai, dan tuan perlu sediakan peti besi di rumah.
-Buat bisnes, untung sehari RM 30,000 dari jual kain secara online. Ops. Online banking itu bank juga kan ?
-Kesan seterus dan seterusnya …


-Tuan tak dapat beli rumah. Sebab haram berurusan dengan bank.
-Maka sila kumpul duit, dan beli rumah secara tunai.
-Tak boleh beli rumah, jadi tak boleh melabur hartanah juga.
-Kesan seteruuuuuuuuusnya…


-Tuan tak dapat beli kereta, motor. Sebab haram.
-Maka sila kumpul duit, dan beli kereta dan motor secara tunai.


Kesan seterusnya, seterusnya, seterusnya…


-Tuan haram main saham. Sebab syarikat broker akan simpan duit tuan, bayar dividen syarikat saham kepada tuan melalui bank.
-Tuan haram beli takaful. Syarikat takaful pun simpan duit tuan dalam bank. Bayar claim pun nanti pakai cek, produk bank.
-Eh, Air Asia terima bayar cash ke masa booking online ? Sayang, batalkan booking online tadi, jom cari kiosk Air Asia cepat, seat limited tu. Sambil call teksi -sebab kereta belum beli, duit tak cukup lagi nak beli secara cash.


+ Eh, kan darurat ?


Benar, jika tuan masih berada sebelum tahun 1983.


Sebab ulama semasa telah pun melihat kesukaran umat Islam urus duit, berniaga dan melabur akibat ketiadaan perbankan yang halal sebelum tahun 1983. Lantas mereka pun memberikan jalan keluar dengan mewujudkan Bank Islam disusuli dengan Bank Muamalat dan perbankan Islam yang lain.


Jadi tuan yang yakin dengan status halal perbankan Islam, sila terus kumpul harta dan bayar zakat.


Ya nak ikut pendapat Imran Hosein, itu pilihan tuan. Darurat pun ada kadar dia. Bukan boleh hentam produk bank macam tu aje.


Perbahasan darurat ni, kita ada di tengah padang pasir, entah macam mana boleh ada babi lalu dan kita tengah lapar sampai nak mati. Kita tak boleh panggang babi tu dan makan sampai perut buncit. Sekadarnya sahaja. Bila dah jumpa ayam, dah tak boleh sentuh daging babi tu.


Ustaz dah bawa daging ayam, dan beritahu ayam tu disembelih ikut panduan Quran Sunnah.


Tapi kalau tuan tetap nak ikut pendapat Imran Hosein yang kata ayam itu adalah tetap seekor babi yang pakai baju ayam, dan masih tetap nak makan babi, itu pilihan tuan.


[/sumber]Kesan Berpegang Dengan Pendapat Imran N Hosein; Perbankan Islam Adalah Haram Sebab Amalkan Back-Door Riba[/sumber]

0 comment... add one now