Takziah kepada keluarga Harun Salim Bachik kerana pemergian pelawak ini ke rahmatullah petang semalam.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak arąh selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad.
Pelakon Den Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian mengejut itu.
"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi mengenai perkara itu.
"Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, Harun dan keluargąnya dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
"Mereka kemudiannya singgah di RNR Bukit Merah untuk mengisi minyąk sebelum Harun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia," katanya kepada mStar Online.
Sekeping gambar yang memperlihatkan Harun terbaring dilantai tersebar di laman sosial.
Den turut memberitahu jenazah Allahyarham difahamkan akan dibawa ke hospital terlebih dahulu bagi mengetahui punca kematiannya.
"Saya tidak pasti sama ada Allahyarham akan dibawa ke hospital berdekatąn atau dibawa ke hospital di Kuala Lumpur," ujarnya.
Sementara itu, pelakon dan rakan baik Harun, Afdlin Shauki ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke rumah Allahyarham.
Bagaimanapun Afdlin tidak dapat mengulas lanjut tentang kejadian tersebut kerana masih belum mendapat maklumat sahih berhubung kematian sahabat baiknya itu.
"Berita tentang kematian Harun benar malah saya sedang daląm perjalanan ke rumahnya.
"Bagaimanapun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana belum mendapat cerita sebenar tentang kejadian," katanya.-mStar
Punca sebenar kematian Harun Salim Bachik akan diupdate selepas ini