Nora Danish Lapor Polis Isis Guna Gambarnya



KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Nora Danish tidak mahu mengulas lanjut susulan gambarnya kelihatan pada video YouTube memaparka#n empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara.

Kumpulan itu yang menggunakan ID - Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam dengan mahu menyerang mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.

"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah #perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang# oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,"  Berita Harian Online tadi.

0 comment... add one now