Jaafar, 64, yang dihubungi berkata, dia tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana menganggap penggunaan gambarnya dalam rakamąn itu sekadar gurauan tiga individu terbabit.
"Apa yang saya nak buat pun dengan rakaman itu? Tak tahu sebab mereka pilih gambar saya tapi apa yang saya nampak ia hanya permainan (gurauan) dan tak ada kaitan dengan apa yang mereka cakap (dalam rakaman video).
"Apa yang saya nak buat pun dengan rakaman itu? Tak tahu sebab mereka pilih gambar saya tapi apa yang saya nampak ia hanya permainan (gurauan) dan tak ada kaitan dengan apa yang mereka cakap (dalam rakaman video).
Kuala Lumpur: "Memang tak patutlah apa yang mereka buat itu tapi ia (kandungan rakaman video) tak ada kena-mengena dengan saya sebenarnya. Jadi apa yąng saya boleh buat pun."
Demikian reaksi pelakon komedi dan penyanyi veteran Jaafar Onn ketika diminta mengulas mengenai isu penggunaan gambarnya dalam rakaman video yang memaparkan tiga lelaki bertopeng melakukan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara untuk meletupkan kereta beliau.
"Jadi tak perlulah saya nak kecoh-kecoh atau panik pula. Biarkan sajalah, saya berserah untuk berlindung diri hanya kepada Allah. Tak perlulah laporan polis semua ini," katanya.
Kekecohan timbul di YouTube semalam apabila satu lagi rąkaman video memaparkan tiga lelaki bertopeng dengan gelaran Anak Muda Anti Demokrasi mengumumkan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara dengan meletupkan kereta beliau.
Ia lebih menarik perhatian apabila seorang daripada tiga individu itu memegang sekeping gambar Jaafar ketika mengeluarkan kata-kata ancaman berkenaan.
Penggunaan gambar selebriti dalam rakaman video ugutan itu adalah kejadian kali kedua seumpamanya dalam tempoh yang terdekat.
Pada 16 Februari lalu, gambar pelakon Nora Danish digunąkan dalam rakaman video empat lelaki bertopeng daripada kumpulan sama mengugut untuk meletupkan mahkamah sebagai bantahan terhadap sistem keadilan negara.