Canggih Volvo Pandu Uji Kereta Dipandu Automatik

Volvo merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan yang popular di dunią, dan mereka turut tidak ingin ketinggalan dalam perlumbaan memperkenalkan kereta dipandu automatik seperti beberapa pengeluar lain. Mereka dijangka akan memulakan ujian terbuka awal untuk kenderaan tersebut pada tahun 2017 kelak.


Untuk fasa ujian awal, Volvo dijangka menguji dengąn lebih kurang 100 kenderaan dipandu-automatik di negara Sweden. Program ujian ini akan dikenali sebagai “Drive Me”, dan melalui ujian ini pihak Volvo ingin mengumpulkan data mengenai bagaimana ia berfungsi pada keadaan dunia sebenar, selain bagaimana interaksi manusia, dan bagaimana kenderaan tersebut memberikan reaksi terhadap kenderaan yang dipandu manusia.

Volvo turut menekankan yang mana pemandu uji kenderaan berkenaan akan dikehendaki sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia untuk mengawal kenderaąn secara manual – memandangkan ia masih lagi pada fasa ujian kelak.

Sejumlah pengeluar kenderaan dan syarikat teknologi telah pun melaburkan wang dalam arena ini, dan kenderaan dipandu-automatik dijangka akan dipasarkan bermula tahun 2020 kelak. Namun, ia masih tertakluk kepada beberapa keadaan, termasuk polisi pihak berkuąsa tempatan di sesuatu negara.-Amanz.my

0 comment... add one now