Amoi Dicabul Kejam Majikan

Ong Siew Hong, 24, sebelum ini ditawarkan bekerja sebagai jurujual pada 2013 dan terpaksa berdepan gangguan s#ksual bekas majikannya itu selama setahun kerana takut kehilangan kerja.

“Dia pernah paksa saya tandatangani satu surat yang isi kandungannya dalam bahasa Inggeris. Saya tak faham dan mahu bawa pulang tetapi dia tidak beri,” katanya ketika sidang media bersama Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam, Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong, kel#marin.

Siew Hong (tengah), Wilson (dua,kanan) bersama jawatankuasa Parti Gerakan, menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kes berkenaan.


KUALA LUMPUR - Seorang gadis bukan sahaja menjadi mangsa s#ksual tetapi kini terpaksa berdepan tindakan undang-undang ekoran laporan palsu dibuat bekas ma#jikannya berhubung sijil cuti sakit.

“Saya takut nak melawan kerana bimbang jejaskan kerja, saya amat perlukan ke#rja itu. Selepas setahun saya menolak tindakannya dia mula menyusahkan saya termasuk menukar bahagian kerja.

Bagaimanapun, dia bertindak mengambil gambar surat berkenaan dan meminta rakan menterjemahkannya.

“Saya diberitahu surat itu adalah pengakuan yang saya menipu sijil cuti sakit dan komisen pelanggan, sedangkan saya tidak pernah lakukannya,” katanya.

Katanya, dalam tempoh selepas itu, majikannya seolah-ola#h membalas dendam dengan memberikan layanan tidak adil termasuk mengarahkan dia bertugas di bahagian teknikal.

“Akhirnya saya tidak tahan dan nekad berhenti kerja 12 Januari lalu,” katanya.

Bagaimanapun selepas dua minggu meletak jawatan, Siew Hong dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis setelah bekas majikannya be#rtindak membuat laporan berhubung pemalsuan sijil cuti sakit dan komisen pelanggan.

Dia membuat laporan polis berhubung keadaan sebenar pada 9 Februari lalu dan berharap siasatan dibuat.

Sementara itu, Wilson berkata, pihaknya akan membantu gadis berkenaan berkaitan nasihat undang-undang kerana kejadian yang berlaku melibatkan ganggua#n s#ksual.

0 comment... add one now