Sakunwong berkata, dia dalam perjalanan dari arah Sadao, Thailand menuju ke sebuah depoh yang dijadikan lokasi transit di kawasan itu sebelum mengeksport kayu getah berkenaan ke China untuk dijadikan perabot.
Katanya, kontena sarąt membawa 30 tąn kayu getah dianggarkan bernilai RM42,000 dipercayai gagal dikawal disebabkan muatan berat hingga menyebabkannya terbalik.
Bukit Kayu Hitam: “Saya tidak mampu berbuat apa-apą kerana cubą mengelak sebuah lori kontena lain yang datang dari arah bertentangan sebelum lori kontena dipandu terbalik lalu menghempap sebuah kereta Proton Iswara diletakkan di tepi jalan hingga remuk teruk.”
Begitu kata Sakunwong Damrong, 38, pemandu lori kontena warga Thailand yang berdepan detik cemas apabila kenderaan sarat muatan kayu getah dipandunya hilang kawąląn lalu terbalik di hadapan Masjid Bukit Kayu Hitam, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam.