Satu klip video berdurasi kira-kira seminit yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada #18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.
Dengan menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69' empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.
Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.
“Mahkamah seluruh Malaysia akan menja#di sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat ‘isis malaysia 69' dalam keterangan video itu.
Klip video berkenaan yang dirakamkan seolah-olah yang sering dirakamkan anggota kumpulan militan IS di timur tengah turut dipamerkan beberapa botol yang menyerupai bom petrol atau ‘molotov cocktail’.
Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam
“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini #menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugut seorang lelaki yang duduk dalam sambil memegang sekeping gambar, yang bertindak selaku jurucakap jurucakap kumpulan berkenaan dalam video itu. Lelaki itu turut menegaskan bahawa ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya yang kemudian disusul#i dengan pelbagai cacian terhadap sistem demokrasi di negara ini.
Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, baru 941 orang didapati menonton klip video berkenaan, selain 9 orang menyukainya manakala 31 lagi menya#takan tidak menyukainya laporTheRakyatPost
Berikut adalah pautan kepada video ugutan yang dimuat naik oleh ‘isis malaysia 69'