Fonepad 7 Dari ASUS Kini Dijual RM529

Pengalaman unik penggunaan Fonepad 7 tertumpu pada paparan IPS 7-inci yang menzahirkan warna tepat dan meningkatkan kejituan bagi mutu gambar #yang tidak setara serta menyediakan paparan 178 darjah untuk memudahkan pengguna berkongsi paparan di skrin dengan orang lain yang berdekatan.

Sebagai phablet 7-inci yang serba lengkap, ASUS Fonepad 7 mempunyai dua sim 3G, menjadikannya teman kerja yang akrab terutama keti#ka di luar negara.

ASUS Fonepad 7 akan berada di pasaran mulai minggu kedua Februari ini dan dijual pada harga RM529 seunit.

 KUALA LUMPUR: ASUS memperkenalkan Fonepad 7 baharu, sebuah phablet 7-inci dengan sambungan 3G dan fungsi telefon pintar dua sim.

ASUS Fonepad 7 itu didatangkan dengan rekaan baha#ru yang lebih tipis dan ringan berbanding Fonepad 7 sebelum ini, dan ia juga padan dalam satu genggam tangan sekali gus menjadikannya semakin mudah digunakan.

Phablet ini dipadankan dengan kamera belakang 8MP autofokus dengan kanta bukaan f/2.4 dan penapis optikal kaca biru yang mempertingkatkan mutu dan prestasi kamera.

Sebagai phablet pertama keluaran syarikat itu yang dilengkapkan dengan mod Cahaya Rendah ASUS PixelMaster, Fonepad 7 berupaya merakamkan gambar yang jelas da# tepat walaupun dengan kadar cahaya sangat rendah.


Phablet ini adalah 2.8mm lebih tipis dan 10gm lebih ringan berbanding model sebelum ini.

Model baharu phablet ini juga tampil dengan rekaan baharu sepenuhnya, hanya setebal 7.9mm dan berat 280gm, Fonepad 7 ini adalah 2.8mm lebih tipis dan 10gm lebih ringan b#erbanding model sebelum ini.

Fonepad 7 didatangkan dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan merah yang mana setiap satu mempunyai tekstur unik yang menambah baik gaya dan menjadikannya #mudah digenggam.


Fonepad 7 didatangkan dengan pilihan warna merah, emas, putih dan hitam.

0 comment... add one now