Kenyataan Ifa Raziah yang seperti merendah-rendahkan kemunculan semula penyanyi dangdut Amelina telah mengundang kritikan dari peminat.Ketika zaman kegemilangan dangdut pada tahun 90an dahulu,Amelina yang terlebih dahulu mencipta nama kemudian barulah muncul artis-artis dangdut yang lain.
Kenyataan tersebut membuatkan ramai peminat fikir yang Ifa Raziah sebenarnya berasa tergugat dengan kehadiran semula Ifa Raziah
Wah semakin jelita dan langsing adikku@fashasandha ...terjumpa di Melting Pot Hotel Concorde KL...Last jumpa Fasha sebelum dia berkahwin...Walaupun dah lama sgt tak berjumpa & Fasha menjadi sgt terkenal, rupanya Fasha Sandha tetap seperti yg Ifa kenali dahulu. Tak sombong & sentiasa merendah diri... I love u my dear Muahh... Love & Respect @fashasandha
( langsing ke? tu lengan besar-besar tuh )
Ifa Raziah bagaimanapun melalui Harian Metro telah menafikan kenyataan bodoh tersebut..Dia mendakwa wartawan yang memanipulasi hingga memberi maksud yang tidak betul.
Saya terkilan sampai boleh jadi macam ini. Lain yang saya cakap, lain yang keluar. Bila orang baca sudah tentulah akan anggap saya jahat dan dengki dengan kemunculan semula Amelina dalam nyanyian sedangkan saya tidak bermaksud begitu.
Kalau tidak dibetulkan keadaan, nanti tak pasal-pasal pula kami bermasam muka pula sebab salah faham.
Mengapa pula saya nak iri hati sedangkan kami ada peminat masing-masing. Tapi saya yakin Amelina bukan jenis yang mudah melatah sebab kami sudah lama kenal perangai satu sama lain
Huh kalau Amelina balas kenyataan Ifa Raziah,mesti melompat la wartawan kerana berjaya buat isu panas seolah melaga-lagakan mereka berdua.Nasib baik Amelina bertindak bijak tidak layan sangat isu ni.
Ifa Raziah memang terkenal juga dengan kelaseran mulutnya.Lepas ni dia kena berhati-hati dan jangan lupa laser balik wartawan murahan tersebut.