Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dikatakan menjerit apabila seorang lelaki tiba-tiba meraba buah dadanya selepas dia terjatuh dalam pergelutan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, jeritan itu menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, jeritan itu menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri.
Katanya, suspek sempat mengambil telefon bimbit milik mangsa dianggarkan bernilai RM400.
Zainuddin berkata, mangsa datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar surat latihan praktikal sebelum bercadang tinggal sementara di rumah ibu s#audaranya di Gombak.
“Sebaik tiba di Hentian Pudu jam 4.15 pagi, mangsa berjalan ke Stesen LRT Pudu tidak jauh dari lokasi perhentian bas ekpress yang dinaikinya.
“Sebaik tiba di stesen berkenaan, mangsa mendapati pintu pagar masih berkunci kerana perkhidmatan pada hari berkenaan belum beroperasi,” katanya.
Menurutnya, mangsa berpatah balik ke Hentian Pudu berikutan keadaan di stesen itu gelap, sunyi dan berbahaya.
“Ketika berjalan mangsa ditegur lelaki tidak dikenali yang mengha#lang dan menutup mulut mangsa serta mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya dia menjerit,” katanya.
Katanya, mangsa tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan c#bul.-metro