Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehiląngan Boeing 777 itu ditemui.
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan, dipetik sebagai berkata pusingan itu “dipercayai” dilakukąn seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehiląngan Boeing 777 itu ditemui.
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan, dipetik sebagai berkata pusingan itu “dipercayai” dilakukąn seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.
Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengąmbil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.
Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.
“Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan,” Brenner dipetik sebagai berkata oleh akhbar UK itu.
Pada 29 Januari, Malaysia mengisytiharkan MH370 hilang dalam kemalangan dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.
Operasi mencari dan menyelamat awal meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, yang melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.
Fasa mencari dan menyeląmat beralih kepada carian dalam air yang diketuai oleh Pusat dan Agensi Penyelarasan Bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Pencarian terkini pesawat MAS itu ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti.- The Malaysian Insider