Rakaman Rogol Mayat Anak Tiri Dalam Komputer

Dalam kenyataannya kepada mahkamah semalam, Morganelli berkata, video itu ditemui dalam komputer tertuduh.Kali terakhir Jessica, 33, dilihat ialah pada 21 November apabila dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.
Pennsylvania: Kerana keinginan untuk mengadakan seks dengan mayat, seorang lelaki sanggup membunuh anak tirinya.

Gregory Graf merakam perbuatan dia mencabuli mayat Jessica Padgett dalam kejadian bulan lalu, kata pendakwa raya Northampton County John Morganelli.

Dalam kenyataannya kepada mahkamah semalam, Morganelli berkata, video itu ditemui dalam komputer tertuduh.

Kali terakhir Jessica, 33, dilihat ialah pada 21 November apabila dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.

Graf ditangkap lima hari kemudian selepas polis menemui mayat anak tirinya itu tertanam di belakang rumah tempat dia tinggal bersama-sama ibu Jessica.-Agensi

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 comment... add one now