Gambar-Gambar Angelina Jolie Di Sarawak

Kehadiran aktres jelita dan duta kemanusiaan, Angelina Jolie di Sarawak beredar dengan pantas di media sosial dan aplikasi komunikasi. Laman Facebook ‘Kamek Miak Sarawak’ berkongsi foto berserta khabar tersebut. “Dikhabarkan Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu, Sabah.


Tidak diketahui apa tujuan beliau ke sana. Selepas Kota Marudu ‘kemungkinan’ beliau akan ke Sarawak melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Kuching, Bintulu dan Miri…,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Namun, hasil tinjauan, tiada sebarang maklumat rasmi yang mengatakan Angelina Jolie berada di Malaysia. Difahamkan foto yang disertakan dalam perkongsian tersebut pula dari sebuah lawatan yang disertai Jolie di Kachan, Myanmar. Perkongsian tersebut sehingga kini telah menarik perhatian lebih 9,000 pelayar di Malaysia. -SH

0 comment... add one now