Foto seorang wanita separuh bogel yang dikatakan mirip dengan wajah Rozita Che Wan adalah tidak benar sama sekali.Jelas Che Ta, foto tersebut yang sudah tersebar di seluruh media sosial itu bukan dirinya dan merasa terkejut apabila mengetahui tentang berita tersebut.
(gambar hiasan)
Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.
Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya.
Bukan pertama kali perkara ini terjadi kepadanya, Che Ta yakin bahawa peminat beliau kini lebih bijak untuk tidak membuat kesimpulan sendiri dan mempercayai setiap gosip secara bulat-bulat.
Che Ta turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Saidin dan mereka menganggap ia sebagai satu perkara lucu kerana mengetahui ia adalah palsu.
Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’ kelihatan seperti benar. Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya.
Rasanya Che Ta dan cukup matang kot untuk tidak lakukan perkara bodoh dan memalukan seperti itu. Zaman sekarang senang je kalau ada orang nak jatuhkan sesiapa sahaja mereka tidak suka. Edit kat Photoshop lepas tu viralkan di media sosial.
- BEAUTIFULNARA