Jue Aziz Malu Adegan Rogo l Jepun

Jue Aziz yang kini bertudung bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Jue bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babak beliau telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.



Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.
Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung.
Jue pada masa yang sama menjelaskan keputusan beliau untuk berhijab lahir ikhlas daripada hatinya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pintu hati Jue terbuka untuk menutup aurat apabila beliau bermimpi tentang arwah ayahnya.

Kami faham perasaan Jue Aziz yang memang malu apabila babak sebegitu di pertontonkan selepas beliau kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tapi kami harap tiada pihak yang mencetuskan kontroversi kerana seperti kata beliau ia di lakonkan ketika beliau belum bertudung lagi.
Sumber Berita: Berita Harian

0 comment... add one now