Fazura menangis gembira ketika di malam pertama kali dia memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan beliau didalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.FFM Ke 27 kali ini pasti tidak akan dilupakan oleh Nur Fazura seumur hidupnya.
Bukan mudah untuk berentap dengan dua nama besar seperti Lisa Surihani dan Maya Karin, namun Fazura telah membuktikan bahawa beliau mempunyai mutu lakonan yang tinggi selain rezeki yang berpihak kepada beliau kali ini.
Fazura sendiri nyata terkejut dengan kemenangan itu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan sewaktu namanya diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah tersebut.
Kejayaan ini meletakkan saya sendiri ke satu tahap yang lebih baik. Sekurang-kurangnya trofi idaman ramai ini pernah berada dalam genggaman saya. Jadi apa jadi selepas ini, andai saya berkahwin atau bersara, siapa tahu bukan dan hakikatnya cukup saya pernah melakar jaya. Saya sudah cukup gembira.
Anugerah ini milik Allah. Ia akan jadi pembakar semangat. Insya-Allah saya akan terus berkongsi bakat yang ada.
Sebenarnya bakat Nur Fazura dalam lakonan memang mempunyai kualitinya yang tersendiri. Malah, watak Ifti dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia dapat “di hidupkan” dengan baik. Pendek kata, memang superb dan all out.. Tak dapat disangkal lagi beliau memang layak untuk memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM 27.
Terlalu gembira dengan kemenangan tersebut, Nur Fazura jelas tidak dapat menahan rasa sebaknya dan kelihatan seperti mengalirkan air mata ketika memberi ucapan kemenangan. Akhirnya segala penat lelah, usaha gigih dan kesungguhan Nur Fazura ternyata berbaloi dengan kemenangan ini. Secara jujur, Abang Nara dah tengok filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dan sesungguhnya kemenangan Fazura adalah amat tepat sekali. Lakonannya di dalam filem tersebut cukup berkesan!!!