Gigit Putus Dan Telan Hidung Isteri

Dezhou (China): Seorang lelaki disini menggigit hingga putus dan menelan hidung isterinya kerana berang wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.

Pasangan itu yang nama mereka tidak didedahkan dilapor sering bergaduh dan hidup berasingan di bandar ini di wilayah Shandong, lapor media tempatan.

Wanita itu mendakwa suaminya menelefonnya pada awal pagi selepas dia bekerja syif malam pada 6 September lalu. Dia tidak menjawab panggilan telefon itu kerana terlalu penat.

Berang dengan tindakan isterinya, lelaki itu memarahi wanita berkenaan di rumahnya pada keesokan hari dan pergaduhan berlaku antara mereka.

Lelaki itu memeluk mangsa dan menggigit hidungnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76227#sthash.Vdfytw1u.dpuf

0 comment... add one now