Akaun Soo Wincci Di Ban Kerana Desak Najib Letak Jawatan


Demi generasi masa hadapan, Soo Wincci sanggup menganggung akibat tindakannya memuatnaik video yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. Malah menurut penyanyi ini lagi, dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri.


”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” jelasnya kepada mStar Online sambil menyatakan dia bersedia jika dilucut taraf kerakyatan.
Untuk pengetahuan anda, pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip video perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan rasanya yang terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai perhimpunan berkenaan.
Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.


Video Soo Winci Minta Najib Letak Jawatan

capture-20150902-120823.png
capture-20150902-121018.png (123.57 KB, Downloads: 0)
capture-20150902-121018.png

capture-20150902-121126.png (35.79 KB, Downloads: 0)
capture-20150902-121126.png

0 comment... add one now