Punca Abby Abadi Tak Akan Beli Makanan Di Secret Recipe

Baru-baru ini Abby Abadi Takzabar So Suwittttt telah menyambut majlis hari lahir kedua-dua anak perempuannya pada cuti Hari Raya Aidil Adha di Gua Musang, Kelantan. Seperti kebiasaan sambutan hari lahir memang tidak sah kalau tidak ada sesi potong kek.

Hendak dijadikan cerita, disebabkan persiapan agak 'last minute', Abby dan suaminya, Jai Ezzany telah ke Secret Recipe Gua Musang untuk membeli kek buat kedua puterinya. Setelah diamati Abby mendapat tahu bahawa cawangan Secret Recipe tersebut diuruskan oleh bukan Muslim. Namun disebabkan telah membuat pesanan, Abby dan suami mahu tidak mahu terpaksa membeli kek-kek tersebut. 

Menerusi muatnaik di Instagram beliau, Abby telah berjanji kepada Allah, dirinya sendiri dan suami bahawa beliau tidak akan membeli dan makan di Secret Recipe Gua Musang lagi kerana cawangan tersebut tidak menepati ciri-ciri Islam sementelahan lagi diuruskan oleh bukan Muslim dan meletakkan juruwang beragama Islam di kaunter hadapan untuk mengaburi pelanggan Muslim.

Pengikut-pengikut Instagram beliau melontarkan beberapa pendapat, ada yang kurang bersetuju dengan pernyataan Abby dengan mengatakan bahawa status HALAL telah dikeluarkan oleh majlis agama dan tidak perlu untuk mempertikaikan status HALAL tersebut. Tetapi ada juga yang bersetuju dengan nasihat dan teguran Abby bahawa lebih baik ke restoran yang diketahui diuruskan oleh pengendali Muslim kerana terdapat banyak pilihan di Malaysia selain makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kelak.

Apa kata anda dengan nasihat ikhlas daripada Abby Abadi ini?

0 comment... add one now