Siapa Sebenarnya Suami Umie Aida Datuk Seri Khairuddin

Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin Abu Hassan juga merupakan anak saudaraSulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar dan ironinya beliau juga disebut sebut sebagai penyokong kuat Tun Dr Mahathir yang sejak akhir akhir ini hebat mengkritik PM Najib. Apakah tindakannya dirancang namun Khairuddin menafikan ia sebahagian plot anti Najib .

Khairuddin Abu Hassan, meskipun ahli UMNO, dikatakan agak ‘berbeza’ dengan ahli UMNO lain dalam membuat melontarkan pandangan yang dipercayainya benar.

Tindakan menentang sesuatu yang dianggap ‘salah’ seperti laporan terhadap 1MDB ini, menurutnya bukanlah yang pertama kali dilakukannya.



Anwar Ibrahim menziarahi salah seorang keluarganya, arwah Sulaiman Palestin, veteran UMNO. – Foto Anwaraidc

Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’.

“Pada waktu itu sikap ahli-ahli UMNO termasuk presiden membela Anwar secara habis-habisan dan saya terpaksa keseorangan di dalam perjuangan tersebut dan beberapa orang sahabat,” katanya.

Beliau juga pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ dan juga Umi Hafilda Ali.

Ketika kes liwat pertama melibatkan Anwar dengan Azizan Abu Bakar, Khairuddin adalah antara individu yang kerap muncul dan menjadi perhatian di mahkamah kerana sering hadir bersama beberapa selebriti seperti Ziela Jalil dan Normala Yusof.

Ketika era pentadbiran Pak Lah [Bapa mertua Khairy Jamaluddin] pula, beliau pernah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia menggunakan kapal terbang kecil bernama “Kailan” iaitu sempena nama ibu bekas Perdana Menteri itu.

Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor.

Menyentuh tentang tindakannya membuat laporan terhadap 1MDB, Khairuddin berkata beliau telah bersiap sedia menunggu reaksi dari Majlis Tertinggi UMNO, jawatankuasa disiplin UMNO, serta Setiausaha Agung UMNO.

“Sekiranya mereka menyatakan mereka ingin mengambil tindakan disiplin ke atas diri saya, saya nak tanya kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO, atas dasar apa mereka boleh mengambil tindakan terhadap diri saya.

“Saya datang ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis ke atas syarikat 1MDB, iaitu syarikat swasta. Saya tidak buat laporan ke atas UMNO, saya tidak buat laporan polis ke atas Presiden UMNO, (dan) saya tidak buat laporan polis ke atas Najib Razak yang juga Menteri Kewangan Malaysia,” tegas beliau.

Sambil mempertahankan tindakannya, Khairuddin berkata apa yang dimahukannya ialah siasatan dilakukan terhadap 1MDB di mana secara prinsipnya beliau merasakan perkara itu tidak salah. Astro Awani

0 comment... add one now