Khabar angin bahawa rumah tangga pelakon Linda Rafar akhirnya terjawab apabila dia membuat pengakuan bahawa dia diceraikan oleh suaminya Syed Aiman pagi tadi.
Menerusi Harian Metro, lafaz cerai itu disaksikan oleh ibu dan anaknya kira-kira jam 7 pagi tadi di kediamannya Shah Alam.
“Hati saya hancur dan saya kini trauma”
Apa yang lebih mengejutkan, lafaz cerai itu dibuat ketika Linda Rafar sedang hamil 3 bulan.
Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.
Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” katanya yang kini hamil tiga bulan.
Sentara itu, suaminya Syed Aiman menafikan dakwaan tersebut.
Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa.
Tambahnya, mustahil rumah tangga mereka kini bermasalah kerana Linda sedang hamil anak ketiga.
Sumber : Harian Metro