Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan itu.
"Rasuah dalam semua cara dan bentuk tidak boleh dibiarkan. Hukuman denda tidak dapat menghantar mesej itu. PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada Selasa dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.
"Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai kepada perayu (Dr Mohamad Khir)," kata Hakim Zulkefli dalam mahkamah yang penuh sesak.
Beliau berkata kesalahan itu, yang telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, bukan perkara kecil dan penjara setahun, yang tidak dirayu oleh pihak pendakwa raya, tidak terlalu berat.
"Perayu telah mempergunakan kedudukannya. Satu daripada tujuan Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah untuk mencegah rasuah seumpama itu," katanya.
Selepas keputusan itu, Dr Mohamad Khir, 50, yang kelihatan tenang dilihat bercakap dengan pasukan peguam mewakilinya termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau kemudian berpaling menghadap ke arah galeri awam dan berkata "Terima Kasih semua" sebelum dibawa ke lokap mahkamah.
Isterinya, Zahrah Kechik, 50, yang juga kelihatan tenang, mengiringi suaminya ke lokap mahkamah sebelum suaminya dihantar ke penjara Kajang dengan kereta polis pada 2.52 petang.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20130830/wk_07/Wanita-curi-susu-formula-dipenjara-tiga-bulan#ixzz3nAZGrUSi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz3nAZLlVSK

Wanita curi susu formula dipenjara tiga bulan
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Seorang wanita yang memberi alasan mencuri dua tin susu formula untuk anak kakaknya dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan minggu lalu.
Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Tong Wei Khun, 27, yang masih bujang, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap 23 Ogos lalu.
Wanita yang tidak bekerja itu mengaku mencuri susu berjenama Enfagrow A+ bernilai kira-kira RM236 itu di Pasar Raya Max Value, Desa Park City, Kepong, di sini kira-kira pukul 7.44 malam, 23 Ogos lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ahmad mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, pengawal keselamatan pasar raya berkenaan telah mengejar dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita yang keluar dari premis berkenaan tanpa membayar harga dua tin susu yang diambilnya.
Semasa kejadian, kedua-dua suspek telah melarikan diri menggunakan motosikal namun berjaya ditahan oleh pengawal berkenaan tetapi suspek lelaki berjaya melarikan diri.
Terdahulu, dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, wanita berkenaan memberitahu, dia tidak mampu membayar denda tetapi memohon hukuman ringan.
Ketika ditanya oleh Zuraini, tertuduh mengaku pernah dipenjara atas kesalahan mencuri namun menafikan pernah terlibat dalam sindiket mencuri susu formula.
Dia juga memberitahu, keluarga termasuk kakaknya tidak mengetahui dia telah ditahan pihak polis dan didakwa di mahkamah
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20130830/wk_07/Wanita-curi-susu-formula-dipenjara-tiga-bulan#ixzz3nAZGrUSi
Curi duit tabung masjid RM2 dijel dua tahun, denda RM5,000
08/10/2013 2:47pm
KOTA BHARU - Gara-gara mencuri duit tabung masjid RM2, seorang penganggur dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Hadi Hamzah, 36, selepas penganggur itu mengaku bersalah.
Mohd. Hadi didakwa mencuri dua keping wang kertas RM1 di Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu.
Nik Habri menyifatkan perbuatan tertuduh yang tergamak mencuri duit tabung masjid itu sebagai `berhati kering' kerana sanggup melakukan dosa di tempat suci dan melibatkan wang derma masjid. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz3nAZLlVSK