Punca Mahathir Cabar Polis Tangkap Sahaja Dirinya

“Itu hak dia orang…tangkaplah, apa nak kerjasama pula,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah disambut sekitar hampir 100 penyokongnya sejurus beliau tiba dari Republik Czezh sekitar jam 11.15 pagi.

Ketibaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur hari ini disambut lebih 100 penyokongnya. Beliau tidak gentar dengan kemungkinan ditangkap pihak polis berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini. – Gambar TMI / Kamal Ariffin

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menangkapnya sekiranya mereka mahu menyoal siasat beliau berhubung penyertaannya dan ucapannya dalam demonstrasi Bersih 4 yang berlangsung hujung bulan lalu di ibu negara.

Dr Mahathir juga turut bersama-sama menyanyikan lagu “We are The World” yang pernah dipopularkan Michael Jackson dengan penyokongnya.

Dr Mahathir juga berkata, demonstrasi baju merah yang dijadualkan berlangsung pada 16 September depan tidak perlu diteruskan.

“Demonstrasi baju merah? Tak payahlah…kuning lawan merah macam di Bangkok.

“Ini kita punya masalah, selesaikanlah sendiri,” katanya merujuk kepada konflik politik di Thailand.

Beliau juga dilihat enggan menerima t-shirt berwarna merah yang diserahkan penyokongnya.

Penyokong-penyokong Dr Mahathir turut dilihat memakai t-shirt berwarna merah tertera perkataan “undur Najib” yang dijual RM15 sehelai.

Turut kelihatan antara penyokong beliau yang hadir ialah Umi Hafilda Ali lapor The Malaysian Insider.

0 comment... add one now