Dia dipercayai mempunyai ladang dengan keluasan kira-kira 25 hektar di sekitar Batu 49 dan Kuala Terla serta mampu mengupah hampir 100 pekerja warga asing.
“Dia juga dipercayai mempunyai beberapa buah kereta mewah dan mampu menjual sekurang-kurangnya RM20,000 pelbagai jenis sayur-sayuran dalam sehari untuk dihantar ke pasar borong yang dijaga warga asing,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
“Dia juga dipercayai mempunyai beberapa buah kereta mewah dan mampu menjual sekurang-kurangnya RM20,000 pelbagai jenis sayur-sayuran dalam sehari untuk dihantar ke pasar borong yang dijaga warga asing,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Percaya atau tidak? Beberapa tahun lalu dia hanya datang ke negara ini sebagai pendatang tetapi sekarang sudah bertaraf jutawan!
Itulah gambaran terhadap seorang warga asing digelar ‘taikun Bangladesh’ di Cameron Highlands yang mampu hidup mewah dengan menjalankan aktiviti pertanian mengusahakan sayur-sayuran.
Satu sumber mendakwa, ‘taikun’ itu mengusahakan sendiri ladang yang disewa daripada warga tempatan sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, di Cameron Highlands sahaja terdapat kira-kira 500 buah kebun diusahakan warga asing khususnya Bangladesh terutama di Kuala Terla, Brinchang dan Kampung Raja. Mereka menyewa kebun itu dengan kadar sewa RM1,500 sebulan berbanding RM800 bagi warga tempatan.
Sumber itu mendakwa, berikutan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang giat dijalankan oleh Jabatan Imigresen, 'taikun bangladesh’ itu kini bersembunyi.
“Ada anggota agensi penguat kuasa yang meminta dia berbuat demikian bagi mengelakkan ditahan,” katanya.
Dalam pada itu, sumber mempertikaikan kenapa warga asing dibenarkan menyewa kebun sayur milik warga tempatan tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Dakwanya, ada antara mereka mempunyai lebih 10 hektar kebun di sekitar Cameron Highlands dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit setiap bulan.
“Mengapa tiada sebarang tindakan daripada penguat kuasa seperti menarik semula kebun yang diusahakan warga asing. Penguat kuasa terutama pejabat tanah boleh mengambil tindakan seperti me–rampas kebun ini jika dipercayai disalahgunakan oleh warga tempatan,” katanya.
Sumber itu mendakwa, sehingga ke hari ini kebun atau ladang yang diusahakan mereka tidak pernah diperiksa oleh agensi penguat kuasa.
Sumber itu mendakwa, sikap warga tempatan yang bersedia menyewa tanah kepada warga asing turut menyumbang kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.
“Saya hairan kenapakah agensi penguat kuasa terlibat boleh membiarkan perkara ini berlaku tanpa sebarang tindakan, apakah ia ada kaitan dengan amalan rasuah yang sering diperkatakan oleh penduduk,” katanya.