Tak Nak La Dengan Rita-Remy Ishak

Inilah nasib menjadi seorang ibu tunggal sejelita Rita Rudaini. Asal ada berlakon dengan pelakon lelaki kacak, pasti akan ada gosip bercinta yang akan timbul. Terbaru, Rita melahirkan rasa kurang selesanya selepas digosipkan dengan Remy Ishak. Desas-desus percintaan antara mereka ini timbul selepas sekeping gambar Rita bersama anak buah Remy Ishak di lokasi penggambaran tersebar. Hmmm. Kesian kan jadi Rita?

Sebelum ini Rita juga pernah dikaitkan dengan penyanyi Nomad sehingga menimbulkan kemarahannya. Kata Rita menerusi Harian Metro:-

Sebelum ini saya dah pernah kena dengan Nomad, sekarang dengan Remy Ishak pula. Saya tak suka dan tak seronoklah bila digosipkan macam ini. Saya rasa tak sedap orang komen macam-macam hanya kerana saya janda. Maruah saya diperlekeh bila orang luar komen macam-macam. Tahu sajalah status janda ini orang mudah fitnah macam-macam sesuka hati mereka.

Kenapa pula isu ini (bercinta dengan Remy) timbul tiba-tiba dan mengapa sekarang? Sedangkan saya sudah kenal Remy dan pernah berlakon bersama beberapa kali sebelum ini tapi tak ada pun orang nak gosipkan. Hanya kerana saya kebetulan bergambar dengan anak buahnya di lokasi tiba-tiba orang tuduh kami bercinta. Kelakarlah dan tak masuk akal.

Inilah harga yang perlu dibayar menjadi seorang insan bernama Rita Rudaini. Iyerlah, orang cantik memang jadi buruan ramai lelaki. Mungkin gosip ini timbul kerana para peminat mahukan Rita segera bersuami kembali dan menikmati kebahagiaan hidup sebagai seorang isteri. Sayangnya, Rita menegaskan buat masa ini hatinya masih tertutup lagi. Kata Rita lagi:


Tak Nak La Dengan Rita-Remy Ishak


Ketika ini hati saya masih tertutup untuk mana-mana lelaki. Kalau betul ada lelaki yang dapat bukan hati saya semula, saya sendiri akan berkongsi dengan semua. Siapa yang kenal saya tahu saya bukan jenis kejar lelaki, itu diri saya dari dulu.

Tapi bagi orang tak kenal saya, mungkin orang akan sangka saya gila ‘anak ikan’ seab dikaitkan dengan lelaki muda. Padahal semua benda yang tak betul. Hal macam ini tak elok untuk masa akan datang sebab bila anak-anak saya sudah pandai membaca, takkan mereka nak baca benda-benda macam ini.


Bagaimanapun facebook ini disahkan palsu

0 comment... add one now