Meja Kotor Punca Budak Asrama Dibuli

Meja Kotor Punca Budak Asrama Dibuli-Tinggal di asrama anak yatim memerlukan pelajar bergotong royong dalam membersihkan asrama.Segala kos hidup terpaksa diguna berjimat cermat bergantung kepada tabung yang telus atau tidak.Daripada kes buli ini kebanyakkan biasa berlaku di asrama.Pembuli akan berlagak seperti raja kerana segala tugasan yang sepatutnya mereka lakukan akan diserahkan kepada pelajar yang lemah.Sekiranya tidak ikut perintah mereka akan lakukan kekerasan sebagai hiburan.Mungkin tekanan hidup diasrama dapat dilegakan dengan kepuasan dar membuli


Klip video ini melibatkan tujuh orang pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua, dan dua pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang telah memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Polis semalam mengesahkan klip video aksi buli membabitkan tujuh pelajar dan seorang mang­sa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini berlaku di sebuah asrama anak yatim di Jejawi, Kangar, Perlis.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, difahamkan mangsa yang berusia 11 tahun itu dipukul kerana enggan membersihkan meja di sebuah dewan makan di asrama itu sedangkan pada hari tersebut merupakan giliran mangsa untuk berbuat demikian.

infolaju-Untuk buatkan warden lebih peka dalam kes buli,Sediakan imbuhan untuk warden.Bongkar kes buli maka warden ataupun yang buat laporan tu akan dapat saguhati.Claim la dengan kerajaan selepas report polis.Warden gaji  murah,ada tanggungjawab lain juga,kes-kes macam ni buat dia pejam mata je..dia pun malas nak kaunseling berulang-ulang kali.Sebab dia pun manusia juga,perlukan duit untuk manusia jadi rajin dan bertanggungjawab.

0 comment... add one now