Demam Filem Frozen masih belum hilang dari kanak-kanak.Mereka bangga apabila memakai atau memilki apa sahaja yang berkaitan dengan Puteri itu.Ada yang mengumpul koleksi patung,ada juga memakai telekung dan baju sembahyang Frozen.Kesempatan ini diambil oleh peniaga dengan mengeluarkan produk yang bergambar Puteri animasi Frozen itu.
Salam,
1. Para ulama Islam bersepakat tentang haramnya patung manusia dan objek bernyawa kecuali patung untuk mainan kanak-kanak.
2. Mereka juga bersepakat terhadap gambar patung bernyawa yang mempunyai unsur mengagung dan mendewa-dewakannya.
3. Namun mereka berselisih tentang gambar patung bernyawa yang tiada unsur tersebut.
4. Hadith sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah masuk ke rumah dan melihat ada bantal yang dengan beberapa gambar (bernyawa). Riak wajah Baginda SAW menunjukkan kemarahan lalu bersabda, "Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu". Lantas Baginda SAW melanjutkan bicaraanyanya, "Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat."
Dalam riwayat yang lain Aisyah RA telah menjadikan bantal itu sebagai tempat bersandar Rasulullah SAW.
5. Sekalipun hukumnya masih khilaf di kalangan ulama, namun anak-anak perlu dididik untuk menutup aurat sebagai perintah ALLAH bukannya untuk berhias dan melaram. Tarbiah yang betul harus diasuh sejak kecil. Banyak contoh asuhan dari kecil yang salah membawa mudarat di kemudian hari. Contohnya, membiasakan anak-anak minum berdiri, menjauhkannya dari adab islami yang lain.
6. Tambahan pula, memakai tudung yang berobjek manusia tidak mendorong ke arah kebaikan bahkan boleh menjadi pemujaan.
7. Di dalam tafsir Ibn Kathir menyebutkan bahawa, apabila beberapa orang alim masyhur yang bernama Wadd, Suwa‘, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr meninggal dunia, para pengikutnya telah membuat gambar mereka sebagai cara untuk mengenang mereka. Namun akhirnya ia menjadi patung sembahan.
8. Dalam cabaran yang didepani oleh umat Islam kini, ia adalah tidak mustahil berlaku dan hal ini mesti dielakkan.
Dr Muhammad Lukman Ibrahim
Pensyarah Program Pendidikan Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Berdasarkan hadis ini, sebahagian besar para ulama melarang daripada menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumah termasuklah menyimpan dan memakai baju yang mempunyai gambar binatang atau orang.
Melukis gambar makhluk yang bernyawa seperti serangga, binatang dan orang adalah dilarang. Jika kita minat melukis, maka lukislah gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti bukit bukau, kereta, rumah dan lautan serta langit.
Marilah kita memerhatikan riwayat ini; Said bin Abi al-Hasan berkata, 'Saya berada di sisi Ibn Abbas di mana seorang lelaki telah bertanya kepadanya, 'Wahai Ibn Abbas, saya adalah seorang lelaki yang mencari makan dengan kemahiran tangan dalam melukis gambar-gambar ini.' Jawab Ibn Abbas, 'Saya hanya akan menjawab dengan apa yang saya dengar daripada Rasulullah SAW iaitu, "Sesiapa yang melukis gambar maka Allah Azza wa Jalla akan mengazabnya pada hari kiamat sehinggalah dia meniupkan roh dalam gambar itu, namun dia tidak akan dapat berbuat demikian." Kata Sa'id, 'Mendengar jawapan itu, Lelaki tersebut amat-amat marah dan mukanya bertukar kuning. Melihat keadaannya, Ibn Abbas berkata, "Tidak guna engkau ini, kalau engkau hendak lukis juga, maka hendaklah engkau lukis pokok dan apa sahaja yang tiada roh" (Riwayat al-Imam Ahmad, No. 3266. Al-Imam Ahmad Syakir berkata: Sanadnya Sahih).
Riwayat ini jelas membezakan antara gambar makhluk yang bernyawa dan gambar makhluk yang tidak bernyawa. Islam tidak mengongkong, sebaliknya Islam memberi garis panduan.
Dengan itu, timbul satu persoalan lain iaitu adakah sah solat orang yang melaksanakan solat dengan memakai pakaian sebegitu rupa? Jawapannya ialah, sekiranya dia belum mengetahui hukum larangan memakai baju yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa seperti binatang atau orang, maka dia tidak berdosa.
Sebaliknya, jika dia telah pun mengetahui bahawa hukum berpakaian begitu adalah haram, namun dia tetap bersolat dengan pakaian itu maka solatnya sah namun dia berdosa. Dia tidak perlu mengulangi solatnya itu. Namun dia berdosa kerana melanggar larangan yang terdapat di dalam hadis-hadis yang dinyatakan di atas.
Perlulah dijelaskan di sini bahawa, jika keadaan memerlukan dan mendesak, maka hukum haram ini bertukar menjadi harus dan dibenarkan.
Contohnya ialah gambar kad pengenalan, gambar paspot, gambar penjenayah, gambar kad matrik pelajar dan pekerja, gambar aktiviti sebagai bukti dan sebagainya.
Semua ini dibenarkan kerana manusia amat memerlukannya. Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita.

Hukum Memakai Baju Bergambar Ketika Solat
BOLEHKAH seseorang itu memakai baju mempunyai gambar binatang atau orang (sama ada kecil, besar, jelas atau tidak) ketika menunaikan solat. Segala pandangan yang ustaz berikan, saya sanjung tinggi untuk kebaikan bersama. Terima Kasih.
JAWAPAN: Soalan ini sebenarnya termasuk di dalam satu perbincangan besar berkaitan dengan gambar. Terdapat satu hadis yang sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Para malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar" (Hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 3224 dan juga al-Imam Muslim, No. 3938).
Khalid
Puchong, Selangor