Ketika sedang bermesej melalui telefon, tiba-tiba saya sedar ada air
pada seluar saya.
Bagaimana hendak mengetahui ia air mani atau air mazi?
Hanif
Kuala Lumpur
Dalam kes anda, air yang biasanya boleh keluar ialah air mazi dan
bukannya air mani.
Air mazi biasanya keluar dari kemaluan ketika seseorang dalam keadaan
bernafsu. Lazimnya mazi atau air mazi berwarna jernih. Hukumnya najis
dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi wajib.
Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar dari
Berbeza dengan air mani yang pekat dan berwarna putih keluar dari
kemaluan lelaki atau perempuan ketika nafsu memuncak. la tidak najis tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar mani.
Sejenis lagi yang keluar dari kemaluan sama ada lelaki atau perempuan
Sejenis lagi yang keluar dari kemaluan sama ada lelaki atau perempuan
ialah air wadi.
Ia berwarna putih dan kekuningan. Biasanya keluar apabila tubuh letih
Ia berwarna putih dan kekuningan. Biasanya keluar apabila tubuh letih
bekerja. Hukum air wadi ini najis dan wajib dibasuh.