Tips Tidur Lebih Lena Dan Akibat Buruk Tak Cukup Tidur | Tidur yang tidak nyenyak atau tidak mencukupi mengakibatkan banyak masalah kesihatan.
Tidur selalu diambil ringan oleh kita, tetapi tidur yang tidak mencukupi telah menjadi satu masalah utama di Malaysia. Satu kajian menunjukkan 50% rakyat Malaysia hanya mendapat tidur yang cukup 1-2 kali dalam seminggu. Apakah kesan masalah ini?
Tidur selalu diambil ringan oleh kita, tetapi tidur yang tidak mencukupi telah menjadi satu masalah utama di Malaysia. Satu kajian menunjukkan 50% rakyat Malaysia hanya mendapat tidur yang cukup 1-2 kali dalam seminggu. Apakah kesan masalah ini?
Kesan tidak cukup tidur
Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu kesihatan dan memberi kesan kepada fungsi harian kita sepanjang hari. Jika tidak dirawat, masalah tidur boleh membawa kepada perkara berikut:
(1) Mengurangkan sistem pertahanan badan
Kajian dari Washington State University mendapati tidur yang mencukupi amat penting dalam melawan penyakit. Jika tidur tidak mencukupi ketika sakit, boleh menyebabkan sakit bertambah teruk dan kesukaran untuk sembuh.
(2) Masalah memori
Berdasarkan kajian dari Universiti Liege di Belgium, tidur yang mencukupi membantu otak ‘melawaskan’ memori supaya boleh digunakan untuk keesokan hari dan tidak menjadi lupa.
(3) Mengantuk dan Lemah Badan
Kajian oleh Kolej Perubatan Penn State mendapati satu malam tidur yang terganggu sudah boleh menyebabkan gangguan kimia di dalam badan. Hal ini akan mengurangkan produktiviti dan meningkatkan risiko sakit dan kemalangan.
Penyakit berkaitan tidur
Setiap orang pernah menghadapi masalah untuk tidur atau tidur yang mencukupi sepanjang hidup. Walaubagaimanapun, jika ia berterusan, anda mungkin menghadapi penyakit berkaitan tidur. Penyakit yang selalu berlaku termasuk:
1. Insomnia – Stress, jetlag, diet, dan banyak faktor boleh menyebabkan insomnia jangka pendek. Tabiat tidur yang sihat boleh menyembuhkan atau mencegah insomnia. Jika ia berterusan, anda mungkin memerlukan bantuan. Insomnia juga mungkin tanda anda mempunyai penyakit lain, jadi berjumpa segera dengan doktor.
2. Restless Leg Syndrome(sindrom kaki yang tidak berehat) – Selalunya orang tua menghadapi masalah ini. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, kebas dan semut-semut dibahagian kaki menyebabkan anda sentiasa ingin menggerakkan kaki untuk meredekannya. Akibatnya anda selalu menggerakkan kaki waktu siang dan tidak dapat tidur di waktu malam. Sindrom ini boleh dorawat dengan ubat-ubatan.
3. Narkolepsi – Penghidap narkolepsi selalu menghadapi ‘serangan tidur’ yang tiba-tiba pada waktu siang walaupun mereka tidur dengan cukup pada waktu malam. Serangan tidur boleh bertahan dari saat sehingga berjam. Penghidap narkolepsi juga mempunyai simptom lain tetapi penyakit ini juga boleh diubati.
4. Sleep apnea – Ataupun kesukaran bernafas ketika tidur selalunya disebabkan oleh saluran pernafasan tersumbat dan menyebabkan dengkuran yang kuat. Ia juga merbahaya kerana boleh menyebabkan kekurangan oksigen. Serangan ini berlaku berkali-kali ketika tidur pada waktu malam dan anda tidak mendapat tidur yang nyenyak.
Setiap episod apnea mengurangkan jumlah oksigen selama beberapa minit. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, masalah tumpuan dan kemurungan. Ia juga boleh menyebabkan anda tertidur di pejabat dan lebih teruk lagi ketika memandu. Ia juga dikaitkan dengan serangan jantung, strok, dan kematian tiba-tiba.
Sleep apnea berlaku kira-kira 15-20% lelaki dan 5-10% wanita. Hampir kesemua penghidap sakit ini akan berdengkur, tetapi tidak semua orang berdengkur ada sleep apnea. Jika anda rasa anda mempunyai masalah ini, segera berjumpa doktor. Ianya boleh dirawat. Dalam sesetengah kes, penghidap perlu memakai alat khas untuk membolehkan saluran udara terbuka ketika tidur.
Tips untuk mendapatkan tidur yang nyenyak
Jika anda rasa anda mempunyai penyakit berkaitan tidur, segera berjumpa doktor yang berdekatan. Kadang kala tidak boleh tidur merupakan petanda penyakit merbahaya yang lain.Jika anda disahkan tidak mempunyai penyakit, anda boleh mencuba cara di bawah untuk mendapat tidur yang nyenyak:
- Tidur awal dan bangun pada masa yang sama setiap hari
- Dapatkan tidur yang mencukupi. Kebanyakan orang memerlukan tidur sekitar 6-8 jam setiap hari.
- Makan makanan berat sekurang-kurangnya 5 jam sebelum tidur
- Elakkan aktiviti berat 5 jam sebelum tidur kerana kita memerlukan badan yang sudah relaks
- Jadikan bilik anda gelap, senyap dan selesa
- Jangan gunakan bilik tidur untuk aktiviti lain seerti bekerja, berhibur dan bersenam
- Elakkan tidur yang keterlaluan di siang hari