Fara Fauzana Punca Linda Onn Tarik Diri Dari ABPBH 2013

Fara Fauzana Punca Linda Onn Tidak Sertai ABPBH 2013 | Linda Onn umumkan mengundur diri dari ABPBH 2013 walaupun pernah memenangi kategori Penyampai Radio Wanita Popular untuk enam tahun berturut-turut selama ini namun Fara Fauzana dari stesen radio Hot FM telah berjaya merampas takhta tersebut sejak dari tahun 2007 hingga 2012.

Tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi sebelum tibanya malam kegemilangan industri hiburan Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013.
Dalam pada artis lain sibuk memancing undi, Linda Onn pula semalam telah mengumumkan penarikan dirinya dari anugerah tersebut secara rasmi di laman Twitter miliknya.
Menurut penyampai radio Suria FM ini, dirinya telah menghantar surat kepada Berita Harian (BH) sebagai bukti pengundurannya itu.
Linda Onn Sah Tarik Diri Dari ABPBH 2013
Meskipun begitu, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah binti Onn mengharapkan agar peminat-peminat terus menyokongnya walaupun tidak bertanding.
Terdahulu pada bulan April yang lepas, Linda pernah menyatakan hasratnya untuk tidak terus bertanding kerana enggan melihat peminatnya bersedih setiap kali dirinya ditewaskan.
Untuk pengetahuan anda, ABPBH 2013 akan menemui peminat-peminat industri hiburan tempatan pada 6 April 2014. Apapun, jom lihat foto-foto terbaru Linda Onn yang semakin cantik jelita ini di bawah.

0 comment... add one now