Ashraf Bahagia Dengan 2 Isteri Nafi Bergaduh | Tak ada pun, kami tak bergaduh, Kami bertiga hidup bahagia. Kalau ada yang tidak suka kami bahagia tidak mengapalah, apa yang terbaik dan penting adalah hidup kami
“Bagi saya sendiri apa yang penting dalam kehidupan sebegini adalah pandai untuk bahagikan masa dan yang penting semua kena faham dengan situasi begini. Akuilah mula-mula tu memang ramai peminat yang tak suka, bagi saya itu hak masing – masing untuk bersuara.”
“Saya sendiri tidak benarkan isteri – isteri saya untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kehidupan kami kerana takut ianya menjadi isu yang lain pula” Ujar Ashraf ringkas
Hadir di Anugerah Industri Muzik ke 20 pada malam sabtu lepas menjadikan Ashraf Muslim sebagai buruan pihak media. Apatahlagi bertebaran cakap-cakap nakal yang mengatakan hubungannya bersama salah seorang isterinya kini sedang bermasaalah.
Bagaimanapun hal itu disangkal oleh tuan empunya badan sendiri iaitu Ashraf Muslim sambil mendakwa hidupnya bersama isteri- isterinya kini bahagia