Setelah sekian lama pasangan Along Raja Lawak dan Isterinya Zila Seeron menyepi dari dunia hiburan.Tiba-tiba dapat berita rumahtangga pasangan ini bergolak.Zila dihalau dari rumah oleh Along dan mereka mula tinggal berasingan sejak empat bulan lalu, kini pula beliau berdepan dengan saman nusyuz.
“Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu. Ketika itu, saya keluar bersama anak kami, Ahmad Danial. Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak kami untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak lagi”
“Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial hanya sebulan dua kali. Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan pergolakan rumah tangga beliau dan suami.
Selain itu, Zila turut berkongsi pergolakan rumah tangga beliau bersama suami, apabila masalah mula timbul daripada sikap Along yang sering mencari salahnya tanpa memberikan alasan yang kukuh. Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.-Rotikaya