Lukisan Dan Video Sembelih Laki Bernilai RM535 Juta

Menurut Laporan ABC, lukisan yang dijumpai di Perancis tersebut merupakan hasil tangan Michelangelo Merisi bertajuk Caravaggio, kata pakar dari Perancis.

"Ia bernilai sekurang-kurangnya 120 juta euro (RM535 juta)," kata Eric Tarquin.

NAPLES - ITALI . Pakar menganggarkan sebuah lukisan yang dijumpai di ruang bumbung sebuah rumah dua tahun lepas bernilai sekurang-kurangnya RM535 juta.


Lukisan tersebut didakwa dilukis di antara tahun 1604 hingga 1605 di Rom.

Pemilik rumah tempat lukisan tersebut dijumpai langsung tidak mengetahui kewujudan lukisan tersebut di rumah mereka.

"Mereka mahu memeriksa kebocoran pada bumbung rumah, jadi mereka memasuki bahagian bumbung (attic) dan membuka sebuah pintu yang mereka sendiri tidak pernah buka.

"Dalam bilik tersebut, mereka terjumpa lukisan Caravaggio. Ia sangat menakjubkan," kata Eric.

Penemuan lukisan Caravaggio kini dianggap antara penemuan menakjubkan dalam sejarah seni dunia.



0 comment... add one now