Perogol Kanak-Kanak Larikan Diri Dengan Bersolek Seperti Wanita

Anwar Kim An, yang merogol seorang kanak-kanak sekolah, bolos dari sebuah penjara di Jakarta selepas menyamar seperti seorang wanita menggunakan pakaian yang diseludup isterinya ketika melawat pada cuti hari raya Aidilfitri

JAKARTA: Seorang pembunuh kanak-kanak melarikan diri dari penjara selepas mengenakan tudung, solekan dan kaca mata hitam sebelum melepasi pengawal penjara, lapor pihak berkuasa hari ini

"Isterinya memberikan pakaian wanita dan beliau terus menyalin pakaian di bilik perjumpaan tempat banduan bertemu dengan ahli keluarga mereka," kata jurucakap polis Awi Setiyono kepada AFP

"Beliau memakai gincu dan kemudian berlalu bersama isteri dan dua anaknya."

Rakaman kamera litar tertutup penjara yang diperoleh media menunjukkan banduan berusia sekitar 20-an itu keluar dari penjara dengan memakai pakaian wanita dan mendukung salah seorang anaknya

Polis sudah mula memburu banduan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, yang baru saja empat bulan dipenjara

Bolos dari penjara adalah biasa di Indonesia, yang penuh sesak dan kurang dijaga

Ini bukan kali pertama seorang banduan menyamar sebagai wanita untuk menyelinap keluar dari penjara

Pada 2012, seorang banduan jenayah keganasan melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi dengan memakai burqa





Jakarta: Seorang banduan yang dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh dan merogol pelajar sekolah, melarikan diri dari penjara di sini dengan menyamar sebagai perempuan

Ketika melarikan diri, Anwar Kim An memakai baju batik, bertudung dan bergincu serta berkaca mata hitam dilihat keluar dari penjara Rutan Selemba pada Hari Raya lalu. Pakain berkenaan diseludup masuk isterinya ketika membuat lawatan sempena Aidilfitri

“Anwar menukar pakaian perempuan itu dalam bilik yang semua banduan bertemu anggota keluarga

“Dia memakai gincu dan memakai cermin mata hitam sebelum keluar dari penjara ditemani isteri dan dua anaknya,” kata jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono

Rakaman CCTV penjara yang disiarkan media menunjukkan Anwar memakai baju perempuan berjalan keluar dari penjara sambil mendukung seorang anaknya

Menurut media Indonesia, ketika kejadian, hanya 27 pengawal bertugas mengawasi 4,500 pelawat di penjara berkenaan

Awi berkata, Anwar menukar pakaian wanita tanpa disedari sesiapa kerana bilik lawatan itu penuh dengan keluarga banduan dan hanya dikawal beberapa pengawal dan pemeriksaan keselamatan hanya terhadap pelawat lelaki

“Isteri Anwar disoal siasat kerana membantu suaminya melarikan diri namun tidak ditahan kerana mempunyai anak masih kecil,” jelasnya

Polis kini melancarkan operasi memburu banduan itu yang baru empat bulan menjalani hukuman penjara seumur hidup

Anwar didapati bersalah pada Oktober lalu, kerana merogol dan membunuh pelajar perempuan berusia 12 tahun

0 comment... add one now