Anak saya menaiki motosikal dengan kakak saudaranya yang berumur 19 tahun untuk ke pasar malam. Selepas kapal terbang
Muhamad Zambri Zakaria bersama isteri, Nor Hafiza Harun menemani Md Ammar Izzuddin yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. – Foto AMRAN HAMID
Alor Setar: Seorang budak lelaki lima tahun terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang dahinya yang retak akibat dilanggar kapal terbang kawalan jauh di Pekan Kampung Lalang, Baling, Jumaat lalu.
Muhamad Ammar Izzuddin menjalani pembedahan itu 11.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,.
Bapanya Muhamad Zambri Zakaria berkata, kejadian 6.30 petang itu berlaku ketika anaknya menaiki motosikal bersama anggota keluarganya apabila satu kapal terbang kawalan jauh yang dikawal lelaki berusia 40 tahun tiba-tiba terjatuh dan terkena kepalanya.
“Kejadian itu menyebabkan dia mengalami pendarahan bahagian kepala dan telinga.
“Anak saya menaiki motosikal dengan kakak saudaranya yang berumur 19 tahun untuk ke pasar malam. Selepas kapal terbang terkena kepalanya, kakak ipar terus membawanya ke Hospital Baling dan diminta menjalani ujian imbasan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani," katanya di sini, hari ini.
Muhamad Zambri berkata selepas ujian imbasan itu, anaknya dirujuk ke HSB untuk rawatan lanjut kerana dahinya luka sepanjang enam sentimeter dan sedalam dua sentimeter.
Beliau yang kesal dengan kejadian itu berkata, kapal terbang kawalan jauh tidak sepatutnya dimainkan di kawasan terbabit kerana berhampiran dengan kawasan dikunjungi orang ramai.
Sementara itu, isterinya Nor Hafiza Harun, 32, terkilan dengan pemilik kapal terbang kawalan jauh itu yang langsung tidak memohon maaf kepada keluarganya.
“Dia tidak datang bertanya khabar selepas kejadian dan tindakan itu saya anggap tidak bertanggungjawab. Saya akan ambil tindakan undang-undang kerana ini membabitkan masa depan anak yang saya belum pasti kesannya akibat kejadian ini," katanya.
Muhamad Zambri membuat laporan polis di Balai Polis Baling pada 3.49 pagi Sabtu lalu.
http://www.hmetro.com.my/node/151070