Kena Tetak Kerana Hon Samseng Jalanan

Orang awam yang melihat kejadian cuba membantu meleraikan pergelutan itu namun suspek bergegas meninggalkan lokasi dengan menaiki keretanya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tadi. 

Kena Tetak Kerana Hon Samseng Jalanan


MANGSA parah ditetak kerana membunyikan hon kereta petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki parah akibat ditetak hanya kerana membunyikan hon kereta apabila terkejut dengan tindakan suspek mencelah ketika trafik sesak di Jalan Buluh Gading, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 41 tahun sebelum itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Besut bersama isteri dan dua anaknya sebelum tersangkut dalam kesesakan trafik di lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata sebaik tiba di lokasi sebuah kereta PERODUA Kancil dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba mencelah di hadapan mangsa menyebabkan mangsa membunyikan hon atas tindakan suspek itu.

Katanya, tindakan mangsa menyebabkan suspek keluar dari kenderaannya dengan bersenjatakan sebilah parang panjang.

"Mangsa turut keluar dari keretanya dan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka masing-masing jatuh ke semak berhampiran.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri dan kepala dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

"Polis sudah mengenal pasti suspek berikutan penemuan sebuah telefon bimbit dipercayai milik suspek dan kini dia sedang dijejaki," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

0 comment... add one now