Tak Pandai Poligami Adi Putra Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Selepas beberapa kali dihimpit kontroversi berkaitan wanita, Adi Putra akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan, namun tetap kekal aktif dalam industri perfileman tempatan. Keputusan itu dibuat kerana ingin memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan gosip dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.

Apabila ditanya mengenai kehidupan berpoligami, Adi berkata, buat masa ini tidak banyak beliau boleh kongsikan memandang dirinya juga masih baru dan tidak mahir di dalam kehidupan berpoligami. Namun katanya, setakat ini kehidupan beliau bersama kedua-dua isteri tidak mempunyai masalah dan masih bahagia bersama kedua-dua wanita itu.


“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya kepada Malaysian Digest selepas dihimpit kontroversi membabitkan perkahwinan buat kali kedua bersama seorang janda beranak satu.

Tempoh hari, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan sekeping gambar menunjukkan Adi telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly. Perkara itu juga akhirnya telah diakui oleh Adi sendiri, manakala majlis resepsi pula masih di dalam perancangan namun baginya ia bukanlah keutamaan beliau buat ketika ini.-rotikaya

0 comment... add one now