Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.
"Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ipoh: Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan, merempuh 10 kereta di depannya.
Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.-hmetro
Video kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) yang dikongsikan pendengar BERNAMA Radio pic.twitter.com/1hMuwmz25n— BERNAMA Radio (@bernamaradio) July 10, 2016