Lagi Gambar Mesra Rosmah Dan Sultan Pahang




Kuala Lumpur – Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menjadi mangsa fitnah melalui penyebaran gambar menunjukkan beliau seakan-akan bersandar di dada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.


Pegawai Rosmah, Rizal Mansor menyangkal perkara itu dengan mengeluarkan sekeping gambar daripada sisi lain.


Rizal menggambarkan terdapat manipulasi sudut kamera menyebabkan Rosmah kelihatan berdiri terlalu rapat dengan sultan.


Daripada gambar itu, Rosmah sebenarnya berteleku di sebuah kereta di sebelah sultan Pahang dan tidak seperti digambarkan.


“Sekarang pak cik keluarkan gambar dari sudut lain. Kau orang tengoklah sendiri,” tulis Rizal di Facebook.


Datuk Seri Najib Razak turut sama dalam acara yang menyaksikan beliau dan isteri berpakaian sedondon kuning itu.


Ketika gambar itu diambil, kelihatan ramai orang berkerumun mereka.


Tidak dinyatakan gambar itu diambil dalam acara apa.


Bagaimanapun, ia mungkin rumah terbuka raya puasa di Pekan, kawasan parlimen Najib, semalam.


Kira-kira 50,000 tetamu dilapor menghadiri majlis berkenaan manakala Sultan Pahang turut berangkat bersama sultanah, tengku mahkota dan anggota keluarga baginda.

0 comment... add one now