Selamba Rebus 2 Kepala Jiran

Beliau yang berusia 64 tahun kemudian mengerat mayat mangsa, merebus kepala dan dalam usaha menghapuskan bukti, mengepam beberapa bahagian tubuh ke dalam tandas, yang menyebabkan sistem perparitan tersumbat

MOSCOW: Polis Russia menahan seorang lelaki yang dituduh membunuh dua jirannya dan mengepam bahagian tubuh mangsa ke dalam tandas sebelum merebus kepala mereka

Jenayah ngeri itu disedari seorang tukang paip yang dihubungi untuk membetulkan sistem perparitan yang tersumbat di blok pangsapuri di Daerah Kalininsky, St Petersburg dan segera menghubungi pihak berkuasa

Berikutan 'konflik domestik' pada Selasa antara tertuduh dengan jirannya, lelaki berusia 47 tahun dan wanita 35 tahun, lelaki terbabit dilaporkan memecah masuk pangsapuri mereka pada pagi Rabu, menembak mati pasangan itu dalam bilik tidur mereka

Penghuni lain pangsapuri itu menyedari saluran tersumbat, dan menghubungi tukang paip, yang kemudian menghubungi pihak berkuasa selepas menemui beberapa bahagian tubuh

Polis melancarkan siasatan dan pesara itu ditangkap kerana disyaki melakukan dua pembunuhan

Beliau yang mengaku bersalah berkata minatnya terhadap filem ngeri sebagai alasan melakukan pembunuhan kejam itu

0 comment... add one now