Lagi Artis Jadi Mangsa Sᶒksual Pengurus Tegar

Nampaknya isu kes penderaan sᶒksual melibatkan Tegar dan bekas pengurusnya Arif Dollah semakin panas.


Yang terbaru seorang penyanyi Singapura, Sufie Rashid akui pernah menjądi mangsa kepada Arif Dollah.

Sufie Rashid mendakwa, dia mengalami trauma yang teruk apabila mejadi mangsa Arif Dollah ketika berumur 13 tahun.

Sufie Rashid juga merupakan bekas anak tiri Arif Dollah suatu masa dulu.

Ini komen Sufie Rashid: (ManggaOnline)

“Apa yang saya alami ialah perbuatan melibatkan sᶒks,”

“Selepas mendengar kes penipuan yang dilakukan oleh Arif terhadap Tegar, sąya dah syak ada sesauatu pelik yang berlaku di antara mereka. Saya syak Tegar juga jadi mangsa seperti saya.

“Sebab itu saya berusaha menghubungi Tegar dan bercakap dengannya. Saya berkongsi pengalaman saya bersama Arif dan perkongsian kami membuatkan Tegar berani membuat pengakuan.

“Semasa kejadian saya juga berumur sekitar 13 tahun dan saya aląmi trauma kerana tidak dapat meluahkan kepada sesiapa. Saya tak ada sokongan seperti Tegar ada hari ini. 

“Bila saya mengadu kepada ibu pun, saya yang akan jadi salah sebab ibu saya percaya kata-kata manis Arif pada masa itu. Saya jadi seorang pemberontak dan pernah lari dari rumah.

“Saya berani tanggung malu sebab mahu memberhentikan perbuatan dia,” 

Sufie Rashid yang kini berumur 24 tahun nafi mahu mencari publisiti tetapi mahu menegakkan kebenaran setelah menjadi mangsa sᶒksual.

Sufie ada membuat laporan dan sekali lagi membuat laporan yang baru buląn lepas, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil ke atas Arif Dollah.


Sementara itu, Tegar akan membuat laporan polis di Singapura dan Mąlaysia selepas urusan di Indonesia selesąi.

Ini kenyataan dari wakil Tegar:

“Selasa ini kami akan ke pejabat polis lagi, selepas selesai urusan di sana barilah kami akan melapor di Singapura kerana Arif warga sana dan laporan di Malaysia kerana kejadian pencabulan berlaku di sini,” 

Selepas ini, Tegar akan sentiasa ditemani keluarga ke mana-mana sahaja dia pergi. Harpa Records akan menjadi pengurus kepada Tegar. -mangga-

0 comment... add one now