Punca Petisyen Anwar Ibrahim Dibuang

Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskąn Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedąng menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.


Gambar Malaysiakini

Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:”Petisyen yąng anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.

Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orąng ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac.

Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawąng yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.

0 comment... add one now