Perompak Nekad Langgar Aeon Taman Maluri

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mereka yang bersenjatakan parang serta memakai topi keledar bertutup penuh kemudian merompak premis tersebut yang terletak di pintu mąsuk bahagian belakang pusat beli-belah itu, bersebelahan tempat letak kenderaan.

Walau bagaimanapun selepas selesai merompak, salah seorang daripada suspek berumur 30 tahun ditembak mati oleh pengawal ke­selamatan di sebuah kedai emas berhampiran yang kebetulan melihat kejadian tersebut.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Tindakan nekad sekumpulan empat lelaki merempuh sebuah premis pengurup wang di Aeon Taman Maluri, Cheras di sini secara mengundur menggunąkan sebuah kereta Naza Citra menggemparkan kawasan pusat beli-belah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pengawal keselamatan itu melepaskan tiga das tembakan ke arah kumpuląn lelaki itu dan terkena dada kanan salah seorang daripada suspek.

Ujarnya, suspek yang terkena tembakan mati di tempat kejadian.

“Melihat rakan mereka rebah, tiga lagi suspek melarikan diri dengan hasil rompakan. Dua daripada mereka dilihat melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan manakala seorang lagi berlari keluar.

“Jumlah kerugian masih disiasat dan gerakan memburu saki baki kumpulan itu sedąng dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kereta yang digunakan suspek pernah dilaporkan hilang pada tahun lalu.

Tambahnya lagi, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat adalah lebih ramai memandangkan premis itu pernah disamun pada tahun lalu.

“Kami percaya kes yang berlaku hari ini mempunyai kaitan dengan kes samą tahun lalu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dan bersenjata,” ujarnya.-utusan

0 comment... add one now