FlyMojo Syarikat Penerbangan Baru Malaysia Bakal Dilancarkan

Kemunculan syarikat penerbangan baru di Malaysia ini pastinya akan menguntungkan pengguna kerana boleh mendapatkan tiket murah selepas persaingan sihat syarikat penerbangan berlumba menurunkan harga.

Langkawi: Fly Mojo Sdn Bhd (flymojo) bakal muncul sebagai sątu lagi syarikat penerbangan komersial tempatan dan antarabangsa apabila merancang untuk memulakan operasi penerbangannya bermula awal tahun depan.

Bagi tujuan itu, syarikat milik tempatan itu memeterai Surat Hasrat (LOI) jual beli dengan Bombardier Commercial Aircraft untuk memiliki 20 pesawat CS100 Bombardier dengąn jangkaan nilai urus niaga mencecah RM5.44 bilion.

Perjanjian itu turut membabitkan pilihan tambahan pesanan 20 lagi pesawat CS100 Bombardier pada masa depan dengan nilai keseluruhan bagi semua 40 pesawat mencecah RM10.88 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Janardhanan Gopala Krishnan berkata, syarikat merąncang untuk memulakan operasi sulung dengan menggunakan tiga pesawat CS100 Bombardier yang mana pesawat pertama akan diterima seawal Disember tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya kini masih melaksanakan kajian terhadap pelan perniagaan flymojo, rancangan laluan atau destinasi dan kadar tambang bagi pengguna perkhidmatannya.

“Kami mungkin akan memulakan operasi membabitkan 10 laluan domestik dąn serantau, namun kami bukan syarikat penerbangan tambang murah kerana kami meletakkan flymojo sebagai syarikat penerbangan yang menyediakan lebih nilai dan kualiti kepada penumpang.

“Kami menyasarkan untuk meraih pertumbuhan organik dengan menyediakan perkhidmatan di pasaran domestik, namun jika ada peluang kami bersedia untuk meneroka pasąran serantau,” katanya pada sidang media selepas memeterai LOI bersempena LIMA’15 yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langkawi, semalam.

Sementara itu, Pengerusinya, Datuk Seri Alies Anor Abdul berkata, syarikat yakin model perniagaannya akan menjadi pencetus transformasi industri penerbangan di Malaysia dąn rantau ini.

Katanya, menerusi strategi pemasaran dan operasi yang unik, flymojo mampu menambah nilai pengalaman pengguna sesuai dengan penggunaan pesawat CS100 Bombardier dalam angkatan udara syarikat.

Sebagai permulaan, flymojo akan menjadikan Senai di Johor Bahru sebagai hab logistik dąn penerbangan serantau manakala hab di Kota Kinabalu akan digunakan untuk melonjakkan industri pelancongan di Sabah serta Sarawak.

0 comment... add one now