Sham Real XPDC Meninggal

Sham Real X Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi | Bekas pemain dram kumpulan rock tanah air, Real X menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Kangsar, petang semąlam.


Ahmad Hishamsul Yahya, 42, atau lebih dikenali sebagai Sham Reąl X selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar, hari ini.

Urusan pengebumian Allahyarham selesai kira-kira jam 11 pagi yang turut dihadiri sanak saudara serta kenalan arwah.

Beberapa rakan artis dilihat turut hadir memberikan penghormatan terakhir antąranya Shah Slam.

Sepupunya yang enggan dikenali berkata, Sham Real X meninggal dunia akibat menghidap penyakit jantung dihidapinya.

“Arwah kerap juga membuat rawatan susulan di Kuala Lumpur bagi merawat penyakitnya itu. Apabila penyakitnya menyerang, memang arwah kelihatan lemah saja.

“Malam kelmarin (Rabu), arwah tidak boleh tidur sampai 3 pagi disebabkan sakitnya itu. Kemudian rakannya datang mengurut, barulah arwah boleh tidur lena.

“Tengah hari semalam, arwah rąsa semakin teruk dan mengadu lapar. Arwah hanya sempat jamah tiga suap sebelum terus dibawa ke hospital,” katanya

Sham Real X melakar nama dalam industri hiburan selepas menganggotai kumpulan rock Real X yang menampilkan bekas penyanyi kumpulan XPDC, Mail dan menjadi kegilaan ramai pada era 90-an.

Beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membawa watak sebagai seorang anggota kumpulan Malaikat Maut dalam filem Rock.-SinarHarian

0 comment... add one now