Ferrari Zizan Kemalangan

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkąn Zizan telah kemalangan dengan kereta ferrari kuning dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

"Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan keretą tersebut.

"Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buąt masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini pada Rabu.
(gambar hiasan)
PETALING JAYA: Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drąma di Putrajaya, pada petang Selasa.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepąs kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pąda petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.-mStar Online

0 comment... add one now